When too many things appear in my life...

Salam, alhamdulillah, kali ini berkesempatan lagi untuk hupdate blog nie walopon dah sebulan lebih tak hupdate. Maklumlah, nak exam, walopon orang lain leh update gak time2x xam, tapi bagi aku yang tak lekat duduk rumah masa exam nie, mmg tak sempat. Banyak benda dan kerja nak kena buat. Namun begitu, exam aku dah habis seminggu lepas, dan aku pergi ke SOuth Island untuk beberapa aktiviti yang kkdg orang panggil "gathering". So, setelah sehari berehat, kini aku nak share beberapa perkara lah. Maklumlah dah lama tak hupdate kan.

IMG_8148

Ok, tujuan utama aku ke South Island nie sebab nak join aktiviti yang dinamakan "Jalinan Ukhuwwah New Zealand". Haaa, bukan setakat bbdk dari Auckland je datang, malah dari Dunedin, Wellington, dan Palmy. Terima kasih dekat tuan rumah, iaitu peserta2x dari Christchurch juga. Pengisian program memang best dan alhamdulillah, matlamat program berjaya di capai. Memang dapat kenal ramai orang lah melalui program nie. Kalo sebelum nie tak pernah ada member dekat Otago, sekarang dah ada. Alhamdulillah.

winter gath 09

Layankan slideshow yang dibuat dengan beberapa gambar yang sempat aku amek semasa program.



Kalo korang nak gambar2 yang ada dalam slideshow nie, korang leh donlod files yang telah aku hostkan dekat mediafire. Click links kat bawah untuk download. Download kedua-dua links untuk dapat semua gambar ok? Apa2x, problem, kontek ah aku, shoradhi@yahoo.com (YM & email)


Gambar2x nie dah available kat flickr aku. =)

IMG_8185

Terima kasih kat kengkawan yang telah memberi kerjasama yang baik semasa program. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar. Walaupun hanya untuk beberapa hari, tapi memang best. Owkeh, rasanya, cukuplah kali nie, Insyallah aku akan update for the next few days pasal cerita aku bercuti kat South Island plak. Ok?

Till next time. Salam.

Autumn Wallpaper

Nie adalah wallpaper edisi ke-2 daripada aku. Gambar dan editing semer oleh aku sendiri. Sila download mengikut resolusi masing-masing.

Autumn Wallpaper. (Surah Ar-rahman)

Versi Asal :
1024x768
1280x800
1600x1200

Kali nie aku buat 2 versions plak. Yang nie edited version. So, korang leh pilih mana korang suka.

IMG_6944_1024x768_glow

Versi Edit:
1024x768
1280x800
1600x1200

Ok, stakat nie dulu untuk kali nie, insyallah aku akan update dalam masa yang terdekat. Salam

Happy Teacher's Day (When I was young...)

Salam. Kalau korang sedar/tak koma, mesti korang tahu yang hari sabtu lepas adalah Hari Guru. Kalau tak silap aku, sambutan tahun nie adalah yang kali ke-39 (38 kot.hehehehe.search internet sendiri). Huh, memang best ah, bukan pe, sebab dikesempatan tuh, aku msg2 cikgu2 aku walopon kreadit aku memang diparas yang merbahaya. Bukan semer cikgu yang aku msg sebab bukan semer aku ada nombor. Juz cikgu2x KMS yang aku rasa diorang masih ingat kat aku. Hahahaha.

Cerita pasal cikgu/guru nie kan, aku ingat lagi time sekolah rendah, masa aku sekolah dekat ngan rumah aku, ada beberapa cikgu yang sangaaaat baik. Even sebelum fly hari tuh pun, sempat jumpa beberapa orang cikgu2x dari sekolah rendah aku nie. Jumpa pun bukan sebab apa, sebab mak aku kenal diorang. Huhuhu

Ok, alang2x cite pasal sekolah nie, aku nak story sket pasal kehidupan aku time skolah dulu2x. Masa kecik2x (sekolah rendah)dulu, aku join geng pancaragam sekolah. Hahaha, memang syok habes ah...Sejak hari itu, aku sedar bakat aku untuk bermain alat musik, malah masa tuh aku gak boleh ,menyanyi lagu Negaraku dengan merdu sekali. Bukan stakat lagu negara ku, bagilah lagu apa pun, mesti aku power nyanyi. Tapi, bila sampai part Asma Al-Husna, aku senyap je. Wahahaha, bukan apa, saja kasi peluang kat member2x aku untuk ingat 99 nama Allah tuh.

Aku pun tak tau apsal aku minat kat sains masa kecik2x sehinggakan masa aku darjah 4, kelas aku kena tuka ke makmal. Pergh, masa tuh aku ah paling seronok. Berbekalkan kuasa sebagai seorang pengawas, aku mengeksploitasikan semer benda2 dalam makmal tuh. Nampak je ada spatula ke, termometer ke, mesti aku xkasi orang main. Bukan pe, sebab aku jeles. Benda2 tuh, aku sorang je leh main. Wahahaha. Memang syok habes. Aku dulu taksub ngan tabung uji. Sampaikan tiap kali aku isi air dalam tabung uji, aku dapat bayangkan asap2x keluar dan air tuh dan berubah warna. Tapi, malangnya, itu semua hanya imiginasi aku yang kreatif. Ekekeke.

Masuk darjah 5, aku pindah sekolah. Time tuh duduk ngan makcik n pakcik aku kat Ulu Bernam. Haaa, nie boleh dijadikan jawapan kenapa kalo korang tanya (orang yang pernah sembang ngan aku ler), apsal kalo aku cakap aku xda slang kelantan or kedah. Aku pun tak pasti sebenarnya. Tapi, mungkin selama 2 tahun aku ddk kat Ulu Bernam, aku bleh speaking slang lain selain drpd slang kelantan. Aaa, tak kesah ah hal tuh. Apa yang aku nak highlight kan, time nie memang antara time yang aku spend banyak masa ngan kengkawan. Ianya adalah salah satu penyebab kenapa aku suka gi sekolah (masa tuh belum kenal erti awek-cun, kalo tak lagi semangat.kah kah kah). Ye ah, bergaul ngan member nie memang best. Pastu, time nielah kali pertama aku satu kelas ngan bangsa2x lain contohnya India, Orang asli etc. (Cina xda kot...tah, aku lupa). So, aku agak culture shock gak ah time tuh. Sekolah tuh sebenarnya sekolah abang aku gak dulu. Masa dia kecik2x (darjah 6 kalo tak silap), dia duduk ngan makcik aku. So, ada beberapa cikgu aku kat sekolah tuh kenal abang dgn aku. Owh, masa nie gak, bekas cikgu abang aku tuh, ajar aku guna komputer sambil dengar lagu Isabella.hahahaha. Mekaseh cikgu!!!

Habes je darjah 6, aku balik semula ke rumah. Sekolah dekat ngan rumah aku plak. Time nie, fuh, aku memang skema habes ah. Typical budak form 1 masa tuh. Pakai neck-tie sampai menjerut2x leher. Kena plak ngan songkok. Biar panas mana pun, xnak buang. Wahahaha. Masa form 1 nie adalah 1st time aku ddk asrama walopon jarak rumah aku kurang dari 3km. Fuh, memang challenging ddk asrama nie. Yelah, kat sini belajar mcm ne nak bergaul etc. Skali lagi, aku memang banyak dapat kawan masa nie. Alhamdulillah, sampai skang ktrg masih kontek2x lagi. Cite pasal ddk asrama nie, memang xkan habes. Banyak betul benda2 best. Benda2 sengal dan memacam lagi. Hahahaha.

Habes PMR, aku gi sekolah jauh sket dari rumah aku, (jarak dalam 30km). AKu pun tak tau apsal aku dapat mrsm dekat ngan rumah aku. Takpalah, aku xkesah memana pun, Yang lawaknyer, masa aku masuk mrsm nie, mak aku gi wat Haji. Pastu, mak aku bagi mandat kat pakcik aku untuk tolong hantarkan aku. Time tuh, aku xtau lagi dapat mrsm mana. So, pakcik aku dengan semangat, gi service kete etc. Dia ingat aku kena ah johor ke, perlis ke, sabah ke, tapi skali dapat kat besut(terengganu). Kalau nak tau, besut tuh, dekat je ngan kampung makn pakcik aku. AHahahah. Takpalah, orang cakap, sediakan raincoat kalo nampak nak hujan.

Masa upper form nie, peranagi lagi xleh tahan. Kira time nie time memberontak aku ah. Tapi xda ah sampai nak gulingkan kerajaan ke hape. Juz nak kebebasan bersuara dan hak asasi yang sepatutnya remaja2x dapat. (xleh blah). Zaman aku masok mrsm nie, adalah antara zaman terbest aku sepanjang aku belajar. Memang tahap gaban naik kereta best dia. Kena plak mrsm aku tuh, facilities dia memang tip-top ah. Mana taknya, mrsm tuh sebenarnya dibina untuk dijadikan Kolej MARA, tapi skali dia tuka jadik mrsm. SO, satu bilik 2 orang. Siap ngan meja study, lampu study, rak buku, tilam yang cambest, pintu bilik dapat tahan api selama 30minit, locker yang lebar sedepa, tinggi rapat ke siling, bilik air yang tak pernah jem, dan memacam lagi ah. Pergh...time aku aku rasa masuk dunia yang berbeza. Mana taknya, dulu time asrama, duduk dalam dorm. Bilik air nak mandi pepagi mesti kena beratur. Walopon ada kuasa Veto sebagai senior, tetap xleh nak potong barisan sebab melanggar hak asasi utama penduduk asrama kalo potong barisan nak mandi. Cakap pasal makanan kat mrsm aku nih, memang best ah. Kena plak akak2x dewan selera tuh baik ngan bdk2 laki. Aku ingat lagi, masa dewan makan (mrsm aku panggil Dewan Selera, DS) baru siap, laki n pempuan makan asing2x ah. Satu dewan makan untuk setiap jantina. (Jantina 2-musim tak dikira). Tapi masa tuh berlaku konflik antara akak2x DS. Persoalan mereka, sapa nak gi jaga DS bbdk pempuan nie. Last2x, akak2x yang junior (baru kerja) kena gi jaga Dewan Selera bbdk pempuan. Aku pernah ah interbiu akak2x DS nie, apsal diorang tak suka pempoan walhal diorang tuh pempoan. Yelah, kot2 diorang konpius ngan jantina diorang kan. Skali diorang cakap, bbdk pempoan nie suka ngada2x. Wahahahahaha. (Ok, stop here for this issue).

Lepas SPM plak, aku masuk KMS. Hoh, masa nie aku sebenar tak tau nak pilih ape. Bukan pe, aku minat akaunting, dan aku dapat offer wat akaunting. Aku pun tak tau sama ada nak jadi engineer ke tak, rasa mcm best kena plak dapat petronas. Pastu, dapat offer jadik cikgu plak. Aku masa nie, memang xsenang duduk. Yelah, masa depan aku. Masa depan negara gak. Kah kah kah. Aku tny mak aku, dia nak aku amek apa...tapi dia jawab, dia xnak paksa...pilih la mana aku suka. Abang aku pun bagi jawapan mcm tuh. Pastu, aku tny lagi apa harapan mak aku, dia ckp, harapan dia nak anak2x dia semer jadik cikgu kalau boleh. So, apa lagi, aku amek je tawaran MARA nie.Alhamdulillah.

Maka, bermula lah cerita kehidupan aku kat KMS...Masuk KMS time tuh senior A-Level baik giler. Tolong angkat2x beg smer lagi. Aku ingat diorang berlakon je depan mak aku semer. Aku dah budget malam tuh diorang panggil nak rangging(Aku ingat lagi sapa sambut aku kat KMS dulu. Ekekekeke) Tapi, malangnya, xda pun semer tuh. Terkezut aku. Bukan pe, mcm tak best plak...hahahah. Xdalah, aku time tuh pikir, pergh, matang tol bbdk nie...Sebab tuh xda kes2x batch aku raging junior2x. Kami dilayan baik oleh senior, so kami layan junior mamcam tuh ah. Kan2x wahai junior2x???? (sambil asah dan tunjuk penumbuk.hahaha). Masa kat KMS nie, banyak benda yang aku belajar. Macam2x, yelah, jumpa macam2x orang. Bukan banyak belajar je, banyak gak benda2 bodoh yang dibuat oleh kengkawan aku nie (aku xjoin pun wat mende2x sengal tuh). Masa aku kat KMS, semer cikgu yang ngajar kelas aku memang baik betul. Bukan nak cakap cikgu lain jahat, tapi, yelah...dah trauma ngan cikgu2x garang nie. Semer cikgu2 yang ngajar kelas aku, diorang nie concern betul. Demi students sanggup tolong buat macam2. Bbdk nak itu nak ini, semer diorang kasi. Perghhh, aku memang terharu habes ah, Tangkap leleh org kata.

Oleh itu, dikesempatan ini, aku sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu2x termasuklah abang ngan kakak ipar aku gak. Berkat usaha dan doa semua cikgu2 selama nie, maka saya berdiri sepertimana saya sekarang ini. Terima kasih! Semoga sentiasa menjadi guru yang amanah, berdedikasi dan memacan -si lagi. Insyallah, jasa cikgu2x semer akan saya kenang. Kepada aku dan kengkawan lain yang bakal jadik cikgu, jadilah cikgu yang yang baik macam cikgu2 kita dulu dan jangan jemu nak ajar bbdk walopon benda yang hanya silibus SPM/PMR.

Ok, aku gak nak tujukan gambar nie untuk semua guru2x aku yang pernah/tak pernah mengajar aku. (selalu orang tuju lagu, nie tuju gambar plak). Semoga semua amalam cikgu2x diberkati dan diterima oleh Allah. Insyallah

Selamat Hari Guru 2009
Sila Klik SINI untuk ke link gambar beserta sajak.

Kepada yang paham slang kelantan, leh layan dikir barat nie. NIe adalah dikir barat yang paymes pada setiap persembahan hari guru masa sekolah2x dulu.LayannnnZzzzz



Ok, till next time. Insyallah. Salam.

Graduation Photographer

Salam, alhamdulillah, sempat lagi update blog walopon sehari lambat (kebiasaannya update hari sabtu/ahad). Minggu lepas adalah minggu graduasi Auckland universiti. Dengan kata yang lebih tepat, ianya adalah Autumn Graduation 2009. Kenapa Autumn? Sebab, setiap tahun university ada 2 sessi graduation iaitu pada musim luruh dan musim bunga. Haaaa, sebab tu nama graduation yang berlangsung mingggu lepas dimulakan dengan perkataan Autumn. Graduasi nie berlangsung selama 3 hari 3 malam (malam nie part party2x jelah, aku xjoin) iaitu hada ahri Isnin, Rabu dan Jumaat.

Ok, seminggu sebelum graduation, kawan aku (Dzul) kontek aku via facebook. Dia mintak tolong aku ututk amek gamba dia grad (dengan senang cite upah ler) . Alhamdulillah, kali nie aku lebih yakin sebab dah pernah buat paid job dengan photography nie. So, aku setuju. Alhamdulillah, hari kawan aku grad nie kelas aku ada 2 je. So, leh lah aku cover most of the events except for masa dalam dewan.

Mohd Dzulfadhly

Pergh, memang penat amek gamba nie, berpeluh2x walopon sejuk dekat luar dengan suhu purata 12 darjah celcius hari tuh. Disebabkan berjalan kehulu kehilir, carik angle dan lelain, metabolisma badan meningkat. (xleh blah). Walopon penat, tapi seronok. Mana taknya, buat kerja yang kita suka. So, aku memang enjoy dan tak bosan ah. Terima kasih kepada kawan aku (Dzul) kerana memberi kepercayaan kat aku selaku graduation photographer ko. Segala komen, kritikan dan testimoni, akan aku terima dengan terbuka. Yelah, semua tuh untuk kemajuan diri aku gak.Huhuhu.

Wan Noor Diyana

2 hari sebelum berlangsung graduation Dzul (iaitu hari isnin), aku kuar jejalan amek gamba grad kawan aku (Azri) memandangkan aku xdak kelas hari isnin.Hehehe. Azri nie, merupakan salah satunya doktor Melayu yang grad pada hari tuh. Fuhhh, memang bangga habes ah. Aku pun tumpang gembira. Tahniah kepada Azri.So, hari tuh, sempat jugaklah snap beberapa keping gamba2x grad Azri. Azri mulanya takda nak upah aku ke ape, tapi, last2x, sebelum dia balik, dia ada gak kasi duit. Terima kasih dan alhamdulillah. Gambar2x dia yang aku amek, aku burn and kasi kat dia.

Azri Fikry

Pada hari terakhir graduasi, iaitu hari jumaat, aku memang sibuk tak beragak. Jadi, xleh nak spend masa yang lama untuk amek gamba kengkawan dari fakulti engineering dan science. Agak kecewa dan terkilan jugaklah. Mana taknya, most of my friends datang daripada faculty2 nie. Lepas solat jumaat, aku ada gap 2 jam sebelum masuk lab. So, aku lari kejap untuk ushar sesaper yang ada. Jadi, sempatlah jugak amek beberapa keping namun cuaca hari tuh tak berapa nak best sket sebab hujan tak menentu. Kejap hujan, kejap tak. BUkan apa, kamera aku nie bukan water proof. Hahahaha

Happy Graduation !!!

Cakap pasal kamera, terima kasih kat kawan aku, merangkap budak batch aku sendiri yang lebih selesa dikenali sebagai Diya (bukan nama sebenar, nama sebanr Nur Diyana) sebab sudi meminjamkan kamera dia kat aku. Aku jadikan kamera dia nie as 2nd body aku sebab aku xnak buang masa yang banyak untuk tuka2 lens. (perasan banyak lens, padahal 2 je).hahaha. Walopon terpaksa membawa bebanan yang lebih berat, tapi aku xkesah pun. Huhuhuhu. Mekaseh2x...Ada 2 kamera nie memang agak membantu. Nie rasa nak angkut kamera nih. Hehehe.

Iona Argyle

Cukup pasal graduasi, kita alih topik kepada Hari Ibu plak. Haaaa, walopon dah terlepas, tapi aku nak gak wish kepada ibu aku dan semua ibu2 dekat dunia nie, selamat hari ibu. Sempena dengan perayaan nie, aku hadiahkan sebuah gambar untuk ibu2 diluar sana terutamanya kat mak aku. Tidak lupa jugak kat kakak ipar aku yang baru je bergelar sebagai seorang ibu beberapa bulan yang lepas.Tahniah2x dan terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang beribawa, berdedikasi, teguh, amanah, cepat, mesra dan betul. (apakah???)... So, gamba bunga yang aku amek nie, khas buat ibu2x semer. Maap sebab aku tak tau bunga nie nama pekebenda. HUhuhu.

Happy Mother's Day

Oklah, dah larut malam nie, nak tido. Hahahaha. Insyallah, akan sambung lagi nanti. Insyallah. Salam.

Group Session

Salam, alhamdulillah dapat menulis satu lagi blog post. Minggu lepas, antara minggu yang cambest bagi aku sebabnya tak ada assignment yang nak kena submit juz lab report jelah. Tapi, lab report tuh aku siapkan 2minggu sebelum due date. Alhamdulillah. So, memandangkan xde banyak kerja, aku sempat lah study. Selama nie, memang tak ada ruang nak study. Pergh.,...Xam plak dah makin dekat nih.Huh.

Ok, waktu cuti easter hari tuh, ada sebuah program yang dianjurkan oleh Belia Cergas dengan kerjasama UMNO Auckland yang bertajuk "ANtara Semalam dan Hari Ini". (korang leh tengok poster kat post sebelum nie).Penceramah undangan untuk sessi nie dibawa khas dari Malaysia, iaitu Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni. ALhamdulillah, memang best benda nie, nak2x plak disampaikan oleh orang yang memang bidang dia, so segala kekeliruan, persoalan dapat tanya terus. Sambutan amat menggalakkan dari pihak lelaki dimana kami juga menerima tetamu yang datang daripada Palmy.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Antara Semalam dan Hari Ini

Minggu lepas plak, cikgu aku masa aku kat KMS dulu datang Auckland. Dia ada kursus IB dekat salah sebuah kolej dekat Auckland nie. Bukan ape, sebab sekolah yang dia mengajar sekarang nie ada nak wat program IB gak, so datang Auckland nie untuk berkursus walhal cikgu aku nie memang cikgu IB gak dulu. Kitaorang ada wat makan2x sket, pastu sembang2x etc. Aku xsempat nak jumpa cikgu before dia balik, so mcm agak kesal gak lah...xsangka awal betul dia gi airport.

Teacher Aniss

Well, mungkin setakat nie je post aku. Btw, tajuk kali nie bukan per, memandangkan gambar2 yang aku post kali nie banyak group photo. HUhuhu. iA akan update lagi dan kongsi gambar2 lain.